Written by The White House (Malaysia Chronicle) On behalf of the President and the people of the United States, we congratulate Prime Minister Najib on his coalition’s victory in Malaysia’s parliamentary elections on Sunday May 5. We also congratulate the people of Malaysia, who turned out in record numbers to cast their votes, as well […]
Malaysia’s election system drawn to sustain BN’s dominance, don tells forum
by Dr. Dzul •
By Syed Jaymal Zahiid May 23, 2013 File photo of people waiting to cast their ballots at a polling station in Bangsar, Kuala Lumpur in the recent general election. The first-past-the-post system will always be advantageous to BN, a forum was told last night.PETALING JAYA, May 23 — Barisan Nasional’s (BN) rule will continue as […]
Umno semakin jadi ‘parti kampung’?
by Dr. Dzul •
-, 22 Mei 2013 Harakahdaily 1. Salah satu hakikat yang terserlah dalam PRU ke-13 lalu ialah Umno-BN (UBN) semakin jelas telah menjadi ‘Parti Kampung’. Penulisan ringkas ini bercadang untuk menguatkan hujjah kepada tesis dan penemuan ini. 2. Penulisan saya dengan tajuk ‘Najib semakin seksa selepas menang’ ingin dipanjangkan di sini. Sesungguhnya tajuk ini boleh […]
Buat julung kalinya jadi tuan rumah
by MS FiSab •
KOTA BHARU – Bertempat di Kompleks Balai Islam, Lundang, pada 10 hingga 14 Jun, buat julung kalinya sejak 23 tahun ditadbir Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Negeri Kelantan dipilih menjadi tuan rumah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56.
Seramai 30 qari dan qariah dari seluruh negara akan mengambil bahagian pada tilawah berkenaan.
Sejak dua tahun lepas, Negeri Kelantan telah membenarkan qariah (peserta perempuan) mengambil bahagian.
Acara pembukaan akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak manakala perasmian penutup akan disempurnakan Sultan Muhammad V.
Dalam perkembangan sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkunjung ke Kelantan bagi meninjau persiapan untuk majlis itu.
Beliau berkunjung ke Kota Darulnaim bertemu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya.
“Tilawah al-Quran tahun ini turut menawarkan hadiah kereta Proton Preve kepada johan qari dan qariah,” kata Jamil.
Tambahnya lagi, hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan haji dan sijil penyertaan turut disediakan.
“Semua negeri akan menghantar peserta qari dan qariah termasuk Kelantan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar selepas pertemuan itu berkata, kerajaan negeri menyambut baik pemilihan Kelantan sebagai lokasi penganjuran tilawah al-Quran kali ini.
“Saya seperti juga Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini sentiasa bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama hubungan antara kerajaan negeri dan pusat demi kebaikan rakyat,” katanya.
Menurutnya, insya-Allah ia akan berusaha melaksanakan program berkenaan yang julung kali diadakan di sini dengan sebaik mungkin.
Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Dato’ Mohd Nasuruddin Daud dan pegawai kanan kerajaan pusat serta negeri.
Tilawah al-Quran kali ini pada mulanya dijadualkan diadakan 2 hingga 6 Mei lalu, namun ditangguh ekoran pilihan raya umum ke-13.
SPR warta keputusan rasmi PRU-13
by MS FiSab •
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei lalu.
“Selepas pewartaan keputusan pilihan raya dibuat, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Menurutnya, calon-calon dan parti politik boleh menggunakan saluran yang sah iaitu undang-undang untuk membuat sebarang bantahan termasuk keputusan PRU-13.
“Insya-Allah SPR akan mewartakan keputusan pilihan raya untuk PRU-13 pada hari ini, 22 Mei.”
Beliau berkata, walaupun diwartakan pada hari ini tetapi mengikut undang-undangnya, kiraan 21 hari iaitu tempoh untuk mana-mana pihak memfailkan petisyen di mahkamah bermula pada esok.
“Jadi mana-mana parti politik dan calon-calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya atas apa alasan sekalipun mereka berhak dari sisi undang-undang untuk mencabar keputusan pilihan raya dengan memfailkan petisyen di mahkamah tinggi negeri-negeri yang dipertikaikan itu,” jelasnya.
Polis tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah
by MS FiSab •
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah di Bukit Aman serta ibu pejabat polis kontinjen negeri dan daerah.
“Penubuhan jabatan itu bertujuan mencegah jenayah secara lebih berkesan dan ia sejajar dengan kehendak masyarakat yang mahukan polis berperanan dengan lebih efektif, selain membantu menurunkan indeks jenayah,” ujarnya dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman.
Khalid berkata dengan penubuhan jabatan itu, satu jawatan pengarah akan diwujudkan bersama pengambilan pegawai dan anggota polis.
“Kita akan bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk penubuhan jabatan itu dalam bulan ini,” katanya.
PDRM yang mempunyai kekuatan 120,000 pegawai dan anggota mempunyai lapan jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pengurusan, Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Cegah Keganasan), Jabatan Cawangan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Jabatan Logistik.
Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya pada Jumaat lepas.
Masih dengan skim gaji 15 tahun lalu?
by MS FiSab •
SEREMBAN – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji semula skim dan gred gaji penjawat awam yang berkhidmat di penjara di seluruh negara.
Tainted polls: Examining GE13 with Dr Dzulkefly Ahmad
by Dr. Dzul •
Peranan Paul Low Tidak Berkesan Jika Tidak Didayakan Dalam Kabinet
by Dr. Dzul •
By Afeeqa Afeera – May 21, 2013 Posted in: Badan Bukan Kerajaan (NGO), Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Fokus, Fokus Rakyat, Pakatan Rakyat, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Politik & Berita Nasional, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan 144 views SHAH ALAM, 21 MEI : Perlantikan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia (TIM), Datuk Paul Low […]
Iklan Jawatan Kosong
by Mudzakkir •
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)IKLAN JAWATAN KOSONG
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan dalam jabatan-jabatan berikut:
GST: Kerajaan Najib tamatkan tempoh berpantang mereka
by Dr. Dzul •
Harakahdaily, 21 Mei 2013 Harakahdaily, 21 Mei 2013 KUALA LUMPUR: Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diperkenalkan, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada […]
Berkumpul menuntut demokrasi rakyat yang ‘dicuri’
by MS FiSab •
KUALA LUMPUR – Gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar mereka sebagai ‘Suara Rakyat 505′ akan mengadakan pesta himpunan rakyat bagi membantah dakwaan penipuan PRU13 pada 25 Mei ini.